Selalung tahniah kepada dua orang rakan guru iaitu Puan Siti Mariyam Binti haji Othman dan Puan Faizah Binti Ali kerana telah berjaya menggenggam segulung ijazah setelah empat tahun berjuang serta menggorbankan masa cuti persekolahan. Semoga semangat mereka berdua ini akan menjadi contoh kepada guru-guru muda untuk meningkatkan kelayakan akademik serta dapat menggunakan segala ilmu yang dipelajari demi kemajuan anak bangsa. Untuk mencapai sesuatu impian kita harus mempunyai semangat untuk berjuang, sabar serta menghadapi segala dugaaan sebelum mencapai segala impaian. Sudah pasti segala penat lelah sekarang telah dibayar dengan sebuah kejayaan. Kejayaan tidak akan datang bergolek. TAHNIAH UNTUK ANDA BERDUA.....
Thursday, June 6
Wednesday, June 5
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Pada 23. 05. 2013 yang lalu Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan. Acara sambutan Hari Guru tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa yang telah disempurnakan oleh Ustaz. Khairie Bin Jafar. Pelbagai acara telah dijalankan. Terima kasih kepada guru-guru yang telah memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan program yang telah dirancang. Tahniah kepada jawatankuasa yang telah merancang yang diketuai oleh Cikgu Mohd Riduan. Semoga ikatan ukhwah akan terus dipertingkatkan demi kelangsungan anak-anak didik kita.
Friday, May 24
Tempat Ketiga Pertandingan Bahas Seremban 1
Pada 21. 05. 2013 yang lalu SK Kampong Daching telah menghantar pasukan bahas dalam pertandingan bahas peringkat Seremban 1 yang telah diadakan di SK Batang Benar. Pasukan bahas sekolah terdiri daripada Nur Fathiah Binti Zainullah, Siti Nur Fatiah Binti Mohd Nor, Intan Farahana Binti Halid serta Nur Athirah Binti Jefry. Guru yang membimbing pula ialah Puan Siti Mariyam Binti Haji Othman. Tahniah kepada pasukan bahas sekolah.
Wednesday, May 22
Majlis Persaraan Puan Saripah Binti Hasan
Pada 21. 05. 2013 yang lalu satu majlis persaraan Puan Saripah Binti Hasan telah di adakan di hotel Royal Bintang Seremban. Puan Saripah telah memulakan tugas di SK Kampong Daching pada pada tahun 2010. Beliau merupakan anak tempatan Kampung Daching. Pihak sekolah mengharapkan agar beliau sentiasa sihat serta dapat menjalankan kehidupan sebagai pesara. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Saripah kerana telah memberi kerjasama dalam menjalankan tugas seharian di sekolah ini. Seluruh warga sekolah juga ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan bahasa, tingkah laku sepanjang beliau berkhidmat di sini. Adat bergaul pastinya kesilapan dan kesalahan, terguris hati.
Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu persahabatan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan
Thursday, May 16
Sekalung Tahniah..
Sekalung tahniah kepada Encik Shaharudin Bin Buyong dan Encik Mohd Riduan Bin Mohamad Yusof kerana telah terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2012. Semoga dengan pengiktirafan ini akan menjadi perangsang untuk lebih berusaha serta komitmen dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.
Selamat Hari Guru 2013
Islam mengajar umat-Nya agar sentiasa berusaha mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dengan bertunjangkan iman dan akhlak. Bagi yang menyedari hakikat ini, mereka akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti pada setiap masa tanpa rasa jemu. Mereka sedar bahawa bekerja itu bukan sekadar tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara malah ia merupakan amanah Allah SWT.Berapa ramai di antara kita yang sedar tentang perkara ini. Berapa ramai komuniti pekerja yang memandang remeh mengenai kerja, bekerja dengan sambil lewa, curi tulang, menggunakan peralatan pejabat untuk kepentingan peribadi, solat pada waktu kerja sedangkan masa yang diperuntukkan untuk solat diisi dengan berbual kosong.
“Makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah Allah semata-mata.”
Selamat Hari Guru :GURU MALAYSIA 1 ASPIRASI 1 AGENDA
“Makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah Allah semata-mata.”
(Surat An-Nahl, ayat 70)
Justeru, marilah sama-sama kita bermuhasabah dan istiqamah pada niat seawal melangkah keluar dari rumah bahawa semua kerja yang dilaksanakan kerana Allah SWT. Mudah-mudahan setiap pergerakan dari mula hingga pulang ke rumah dikira sebagai ibadah dan rezeki yang diterima penuh dengan keberkatan.
Tahniah kepada Nur Aina Fatin......
Sekali lagi kejayaan dicapai oleh SK Kampung Daching, kali ini kejayan mendapat tempat kedua dalam pertandingan pidato peringkat Seremban 1 yang telah diadakan di SK Taman Semarak. Sekalung tahniah kepada adik Nur Aina Fatin Binti Mohayidin kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan pidato tersebut. Ini bermakna adik Nur Aina berjaya mewakili Daerah Seremban 1 dalam pertandingan pidato peringkat negeri nanti. Semoga beliau akan berusaha agar berjaya pula diperingkat negeri nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)



